Rabu, 22 Oktober 2014

~Homemade Pizza~

Sebelum ni tengok orang buat pizza saya rasa macam susah je bila mana nak kena buat doh die la..toppingnye la..risau tak jadi.

Tapi,bila tanya pada kawan yang dah buat sendiri pizza dan dapatla resepi ringkas. Memang mudah sebenarnya nak buat.ni pun salah satu langkah penjimatan bila anak-anak teringin nak makan pizza. Dah Pizza Hut hilang sorang customer.Hihihi.

Saya buat homemade pizza ni refer juga resepi dari blog Azie Kitchen. My feveret blog. Saya pun nak update resepi-resepi dalam blog saya ni. Senang masa kemudian hari nanti kan... Jom kita tengok apa resepi Homemade Pizza.

Resepi Homemade Pizza

@ Bahan bahan :

1 1/2 cawan air suam
2 sk yis mauripan
Secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/4 cawan olive oil
Sedikit olive oil (lumur)

@ Topping 

Tomato puree/sos, cendawan butang, hirisan crab stick, tomato, beef pepperoni,capsicum,sosej, mozarella cheese etc.

Cara-cara:

1. Masukkan yis dalam air dan kacau sampai larut.Biarkan dulu dalam 5 minit untuk yis tadi kembang.

2. Ayakkan tepung dan garam dalam satu bekas. Buat lubang kecil di tengah-tengah tepung. Masukkan minyak dan air yis.

3. Lalukan pisau macam kita nak potong kek dari tepi ke tepi hingga sebati.

4. Adunkan tepung gunakan kedua-dua tangan.Uli sampai adunan tepung sebati dan tak melekat pada tangan.

5. Letakkan sedikit tepung gandum atas papan pencanai atau apa2 alas lain yang sesuai. Saya guna dulang besar je. Alihkan adunan ke atas papan canai/dulang. Uli adunan dengan cara tolakkan tepi kanan dan kiri adunan tepung ke dalam dan kemudian tolak ke depan. Kalau melekat-lekat tepungnya pada alas,letakkan tepung gandum sikit.

6. Dah siap uli,sapukan satu bekas lain dengan minyak olive. Letakkan doh yang dah siap uli tadi. Sapu olive oil di permukaan atas doh. Tutup kan bekas dengan cling wrap.

7. Biarkan doh selama 30 minit atau 45 minit.Doh akan naik berkali ganda dari asal. Tumbuk doh supaya angin keluar. Potong doh kepada 2 atau 3 bahagian ikut saiz pizza yang kita nak buat.

8. Leperkan doh atas pizza pan (saya guna penutup periuk je). Cucukkan keliling doh dengan garpu supaya angin terkeluar.

9. Akhir sekali, letaklah topping ikut citarasa antaranya cendawan butang, crab stick,sosej, beef pepperoni, tomato dan lain-lain. Base doh letakkan tomato puree atau sos dulu. Gunakan hirisan mozarella cheese di atas topping.

10. Bakarkan pada suhu oven 170 darjah celsius selama 20 atau 30 minit.

Itu saja resepinya.:)

Rabu, 24 September 2014

PERBEZAAN OSTEMATRIK DENGAN PIL KALSIUM DI PASARAN

Kita selalu membaca betapa pentingnya kalsium untuk mengekalkan kesihatan tulang, otot dan saraf. Tapi, ramai yang tidak sedar bahawa makanan seharian yang kita makan setiap hari tidak menyumbang kalsium secukupnya. Lain satu keadaan pulak, ramai yang sedar kepentingan kalsium dalam badan. TETAPI, mereka tidak tahu perbezaan pelbagai jenis kalsium yang dijual di pasaran.


Tips Memilih Pil Kalsium - Pilih produk yang ada Vitamin D dan magnesium kerana:-

Magnesium - Ini merupakan ion positif nombor 2 yang paling penting dalam badan kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

Vitamin D - Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu menyambil supplement vitamin D.

Ostematrik membantu masalah seperti :-

~ Meredakan migrain, sakit belakang, period pain, kebas2/kekejangan

~ Beri tidur yang lena, mengekalkan kecergasan tubuh bila bangun pagi, mengurangkan kelesuan tubuh

~ Penting untuk ibu hamil, ibu menyusu, berpantang

~ Penting untuk orang tua, ahli-ahli sukan, wanita dan lelaki yang pentingkan kesihatan 

Manfaat Utama:-

1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.  

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis  

3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.  

4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.
Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.
 

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.




Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya melalui:

Facebook: nurhaida yahya
Instagram: nurhaida.yahya
emel: nurhaida.yahya@gmail.com
No Telefon: 0122096544
 

Ahad, 21 September 2014

Tempat Makan Best | Restoran Mak Tim Di AU2 Keramat

RESTORAN MAK TIM DI AU2 KERAMAT
 
Restoran Mak Tim salah satu tempat makan paling BEST yang saya dan family suka. Sebab..kami orang Johor yang suka menu-menu rakyat Johor macam Soto, Mee Bandung, Nasi Beriyani, Murtabak, Mee Rebus dan macam-macam lagi.

Restoran Mak Tim terletak di tepi roundabout AU2 Keramat. Sajian asli Warisan Johor di sini memang cukup rasanya dan sedap. Lagi satu sebab saya suka makan di sini, menunya pelbagai.Kalau nak menu yang berat boleh makan nasi. Kalau menu yang ringan sebab perut tak lapar sangat boleh makan murtabak, pelbagai menu mee, murtabak etc. Minuman yang paling saya suka pula Air Mata Kucing.

Yummy..yummy...yummy..to my tummy..tummy..tummy.
 

Jumaat, 19 September 2014

Tips Kemas Rumah dengan Cepat dan Mudah

Nak mengemas rumah walaupun xde mood,kita tetap nak kena kemas. Kalau dilengahkan,memang boleh jadi stress masa sendiri.

Cara saya mengemas rumah mudah dan ringkas sebab perkara yang WAJIB dipastikan setiap hari agar rumah saya sentiasa bersih dah kemas dengan mempraktiskan:

Letakkan kembali barang yang digunakan ke tempat simpanan - kalau tak disimpan semula,nanti barang-barang akan bersepah dan kita puas nak mencari barang tersebut.

Terus kemas dapur selepas memasak dan membasuh pinggan mangkuk yang kotor - jangan lengahkan kerja ni.kalau dilengahkan..banyaklah keje kita untuk menyental kotoran minyak di dapur masak,pinggan mangkuk.

Gunakan Bakul Untuk Simpan Toys - Menyimpan toys di dalam bakul memudahkan kita untuk simpan semula toys.Lagila pulak kalau guna bekas plastik tranparence. Anak nak-  cari atau punggah toys pun senang.:) Saya ajar anak kalau nak main toys hanya main kat bilik untuk elakkan toys bersepah satu rumah.

Lipat dan Simpan Baju Dalam Bakul Berasingan - Untuk elakkan baju yang digunakan renyuk sebab terperuk lama dalam bakul baju, masa angkat baju dari ampaian..lipatkan terus baju tu secara kasar.Letakkan baju tu ikut bakul masing-masing contohnya bakul untuk baju suami/anak/baby etc.

Menyapu/vakum dan Mop Lantai Tugas Terakhir - saya buat tugas ni sebagai tugas terakhir selepas kita kemas semua bilik atau hall rumah.takdela nak berangkut vakum tu dr satu bilik ke satu bilik.Bila nak mop pulak,kena suruh anak2 main kat satu tempat.taklah terpijak lantai yang basah.dah tak pasal kotor lantai tu.

=====================================

Itu saja yang saya boleh share.Not much to share..lain orang lain caranya kan.Memang salute pada fulltime housewife atau part time housewife yang xde bibik. Hujung tahun bibik balik kampung...Kena set mind nak on buat kerja rumah.Yeeehaa!

bilik tidur dan playroom Nur Angels

Khamis, 18 September 2014

Resepi Jemput Jemput Nasi

Pernah dengar ke resepi JEMPUT-JEMPUT NASI? Resepi ni special saya dapat dari mak. Senang je nak buatnya..Kita guna balance nasi semalam atau nasi yang dah sejuk. Sesuai untuk breakfast atau minum petang.

Bahan-bahan:

   ◆ Tepung gandum secukupnya
   ◆ Air garam secukupnya
   ◆ 1 biji bawang besar
   ◆ Segenggam ikan bilis atau lebih
   ◆ Kiub Ayam/Ikan bilis
   ◆ 1 biji lada merah
   ◆ 1 biji telur
   ◆ 3 cawan nasi
   ◆ Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya:

1. Blend semua bahan kecuali tepung. Letakkan bahan yang dikisar dalam satu bekas.

2. Masukkan tepung gandum sikit-sikit sampai adunan tak terlalu cair atau pekat.kalau pekat,tambah air..macam biasa..

3. Panaskan minyak dan goreng hingga masak.

Tips # jangan kisar nasi sampai hancur supaya dapat rasa tekstur nasi tadi. Saya letak nasi atas sekali dalam blender.

Itu saja resepinya..senang kan.lepas ni,balance nasi atau nasi sejuk bukan saje bole buat nasi goreng.dah boleh buat jemput-jemput. Nanti saya post gambar jemput-jemput yang saya buat.Tak pernah ambil gambar pulak lepas buat jemput-jemput ni.:))

Ok..Selamat mencuba.

Isnin, 15 September 2014

Cara Perbaharui Permit Pembantu Rumah

Semalam settle urusan mohon renew medical pembantu rumah aka bibik di Fomema Sdn Bhd. Sekejap je masa berlalu,Husna Bambam dah nak masuk umur 2 tahun (17 Okt nanti) dan dah masuk 2 tahun jugaklah bibik bekerja dengan kami.

Sebenarnya..nak uruskan permit bibik ni tidaklah susah mana seperti yang pernah saya dan suami risaukan.Asalkan kita sanggup luangkan masa dan banyak bertanya dengan kawan-kawan yang dah lama ambil bibik,Inshaa Allah..semuanya berjalan lancar. Better DIY dari upah pada orang lain supaya kita tau duit yang dikeluarkan pergi ke mana.

Okey,saya nak kongsikan apa steps yang perlu kita buat untuk renew permit bibik.

1. Download dan print borang medical check up dari website fomema. Sertakan sekali salinan passport dan permit bibik.

2. Sediakan wang pos atau bank draft di pej pos atau mana-mana bank sebanyak RM190. Saya buat di CIMB dan kena extra charge dalam RM5.00.

3. Pergi ke pejabat Fomema. Untuk KL,pej telah berpindah ke Menara Takaful,Jalan Sultan Sulaiman sejak Jan 2014. Parking kena bayar RM3.00.

4. Di pejabat Fomema boleh confirmkan panel klinik yang kita nak buat medical check bibik.Ada senarai panel klinik terkini ditampalkan.

5. Ambil no giliran, staf customer service akan check dokumen kita dan submit borang untuk diproses.Kemudian,kita akan diberi borang untuk dibawa semasa medical check up bibik di klinik. Medical check up mesti dibuat dalam tempoh 90 hari.

6. Keputusan samada lulus atau tak medical check tersebut akan diterima dalam masa 2 minggu melalui website fomema.

7. Bila dah dapat keputusan LULUS,pergi pula berurusan di Imigresen dengan membawa bank draft RM495 atas nama Pengarah Imigresen Malaysia.

# urusan di Fomema dan di Imigresen tak perlu bawa bibik. Hanya di klinik kena bawa bibik.(yelakan,bibik yang nak dibuat check up..hihi).Sebelum buat check up,saya akan suruh bibik jaga makan dan minum plain water banyak-banyak.

So,itu sahaja cara-cara nak renew permit pembantu rumah. Senangkan? Tq pada rakan pejabat puan azlinda sebab jadi tempat rujukan..:))

Omega Guard Minyak Ikan Terbaik Pilihan Sekeluarga

**Minyak Ikan Terbaik di Dunia mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.** Sumber : Shaklee Malaysia
Anak-anak saya paling suka Omega Guard atau panggilan mudah oleh mereka adalah 'minyak ikan'. Saya pilih minyak ikan shaklee untuk anak kerana:
●● Mahukan pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
●● Hindar anak dari mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma.
●● Memperkuat sistem imunisasi badan.
Omega Guard pun ada peranannya pada orang dewasa sebab:
☆ Ada Omega 3 untuk meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.(lagi power dari lecithin).
☆ Kawal kolestrol dalam badan yang terlebih.
☆ Melindungi jantung.
☆ Mencegah kanser.
☆ Mencegah pembekuan darah.
☆ Cegah darah tinggi.
Sejak anak-anak makan Omega Guard,mereka dah tak kerap sakit,selsema dan demam. Cerdik akal masing-masing pun bukan main lagi.Selain itu jugak, saya excited apabila ada perkembangan yang cepat dalam pembelajaran pre school anak sulung dan yang kedua.

Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya melalui:

Facebook: nurhaida yahya
Instagram: nurhaida.yahya
emel: nurhaida.yahya@gmail.com
No Telefon: 0122096544

Leher Membengkak dan Mudah Rasa Berdebar??

Saya nak kongsikan pengalaman saya berkaitan penyakit Tiroid. Testimoni yang saya nak ceritakan adalah testimoni dari mak saya. Mak dah dpt penyakit hyperthyroid ni hampir 40 tahun dulu (umur mak sekarang 64 tahun). Bila mak dah start medical check up di hospital kerajaan yang dekat KL,saya dapat monitor perkembangan start pada Ogos 2011.

Sebelum cerita panjang lagi..nak bagitau apa sebenarnya Hyperthyroid. Hyperthyroid adalah salah satu kategori penyakit tiroid. Tanda-tanda yang menunjukkan seseorang mempunyai penyakit hyperthyroid adalah seperti berikut:

●●Bengkak di leher 
●●Degupan jantung bertambah
●●Sentiasa berdebar-debar 
●●Turun berat badan yang mendadak walaupun ada selera makan
●●Rasa nak meludah je
●●Suara berubah.Bertambah kronik bila kalenjar membengkak sampai menutup kotak suara
●●Rasa terlalu lemah
●●Rasa gementar dan berketar-ketar 
●●Haid tidak teratur
●●Kesuburan berkurang
●●Kurang fokus
●●Mata menjadi besar (bulging) 
●●Mudah bad mood
●●Kejang otot
●●Oesteoporosis (kereputan tulang) 
●●Pengeluaran peluh banyak/tambah
●●Kulit lembap
●●Suhu badan naik/tak tahan panas
●●Rambut rontok
●●Sukar bernafas
●●Sukar tidur
●●Tekanan darah naik

Hyperthyroid ni disebabkan hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada biasa. Iodin pun terlebih.Jadi, ianya menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon.

Ok,berbalik pada cerita tiroid yg mak alami.Nak jadi cerita.. Selepas punye lama mak sakit hypertiroid,pada Nov 2013 doktor dah stop ubat tiroid yang mak selalu makan sebab dari pemeriksaan darah,hormon dah stabil..Mesti tertanya kan..apa mak saya makan?

Perkenalan saya dengan shaklee rupenya mempunyai supplement tambahan untuk membantu penyakit hyperthyroid. Saya belikan mak ESP dan Vivix. Selepas mak consume 2 botol vivix dan tak missed ESP, mak jadi bertenaga dan sihat.Kulit muka mak pun nampak cantik je. Until now,doc masih monitor kalenjar tiroid mak dan hormon T3 dan T4.Semoga Allah beri kesihatan yang baik pada mak.

## Hyperthyroid TAK BOLEH  ambil VITALEA dan dan ALFALFA sebab ada iodin dalamnya.



Ahad, 14 September 2014

Vitamin SHAKLEE Tidak Memberi Kesan Langsung.

Ramai yang mengeluh apabila mereka telah mencuba pelbagai vitamin TETAPI tidak menunjukkan hasil positif pada diri masing-masing.

TIPS PENTING yang perlu diamalkan apabila kita mencuba sebarang vitamin untuk atasi masalah yang dihadapi adalah seperti berikut:

★ Istiqamah - Perlu makan vitamin mengikut jadual.Tidak sesekali culas untuk makan vitamin.Tak ke membazir sebab duit kita dah belanja,tapi makan vitamin sekerat jalan je.

★ Minum Air dengan Banyak - Nisbah keperluan air dalam badan adalah 25kg:1 liter air.(Cth: Kalau berat badan 50kg,anda perlu minum 2 liter air).

★Jangan Menyerah Kalah dengan HEALING CRISIS - Healing crisis berlaku kerana sistem badan sedang menunjukkan reaksi dan memberi tindak balas apabila ada 'benda baru' dimasukkan dalam sistem badan.

★ Makanan Seimbang - Jangan makan ikut nafsu. Ingat lagikan Piramid Makanan yang kita belajar waktu sekolah dulu.


Kalau dah amalkan tips-tips di atas, inshaa Allah kesan yang positif boleh dirasai hanya oleh diri sendiri dan dilihat oleh diri sendiri dan orang sekeliling.

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya melalui:

NURHAIDA BINTI YAHYA (SID 927961)
FACEBOOK : nurhaida yahya
INSTAGRAM : nurhaida yahya
emel : nurhaida.yahya@gmail.com
No Telefon : 012 - 2096544



Shaklee Effect 3R @ Sri Petaling

Tq to Master Norita & Husband who has Reenergize,Reignite and Reorganize me to continue believing in Shaklee.