Jumaat, 19 September 2014

Tips Kemas Rumah dengan Cepat dan Mudah

Nak mengemas rumah walaupun xde mood,kita tetap nak kena kemas. Kalau dilengahkan,memang boleh jadi stress masa sendiri.

Cara saya mengemas rumah mudah dan ringkas sebab perkara yang WAJIB dipastikan setiap hari agar rumah saya sentiasa bersih dah kemas dengan mempraktiskan:

Letakkan kembali barang yang digunakan ke tempat simpanan - kalau tak disimpan semula,nanti barang-barang akan bersepah dan kita puas nak mencari barang tersebut.

Terus kemas dapur selepas memasak dan membasuh pinggan mangkuk yang kotor - jangan lengahkan kerja ni.kalau dilengahkan..banyaklah keje kita untuk menyental kotoran minyak di dapur masak,pinggan mangkuk.

Gunakan Bakul Untuk Simpan Toys - Menyimpan toys di dalam bakul memudahkan kita untuk simpan semula toys.Lagila pulak kalau guna bekas plastik tranparence. Anak nak-  cari atau punggah toys pun senang.:) Saya ajar anak kalau nak main toys hanya main kat bilik untuk elakkan toys bersepah satu rumah.

Lipat dan Simpan Baju Dalam Bakul Berasingan - Untuk elakkan baju yang digunakan renyuk sebab terperuk lama dalam bakul baju, masa angkat baju dari ampaian..lipatkan terus baju tu secara kasar.Letakkan baju tu ikut bakul masing-masing contohnya bakul untuk baju suami/anak/baby etc.

Menyapu/vakum dan Mop Lantai Tugas Terakhir - saya buat tugas ni sebagai tugas terakhir selepas kita kemas semua bilik atau hall rumah.takdela nak berangkut vakum tu dr satu bilik ke satu bilik.Bila nak mop pulak,kena suruh anak2 main kat satu tempat.taklah terpijak lantai yang basah.dah tak pasal kotor lantai tu.

=====================================

Itu saja yang saya boleh share.Not much to share..lain orang lain caranya kan.Memang salute pada fulltime housewife atau part time housewife yang xde bibik. Hujung tahun bibik balik kampung...Kena set mind nak on buat kerja rumah.Yeeehaa!

bilik tidur dan playroom Nur Angels

Tiada ulasan:

Catat Ulasan