Isnin, 15 September 2014

Cara Perbaharui Permit Pembantu Rumah

Semalam settle urusan mohon renew medical pembantu rumah aka bibik di Fomema Sdn Bhd. Sekejap je masa berlalu,Husna Bambam dah nak masuk umur 2 tahun (17 Okt nanti) dan dah masuk 2 tahun jugaklah bibik bekerja dengan kami.

Sebenarnya..nak uruskan permit bibik ni tidaklah susah mana seperti yang pernah saya dan suami risaukan.Asalkan kita sanggup luangkan masa dan banyak bertanya dengan kawan-kawan yang dah lama ambil bibik,Inshaa Allah..semuanya berjalan lancar. Better DIY dari upah pada orang lain supaya kita tau duit yang dikeluarkan pergi ke mana.

Okey,saya nak kongsikan apa steps yang perlu kita buat untuk renew permit bibik.

1. Download dan print borang medical check up dari website fomema. Sertakan sekali salinan passport dan permit bibik.

2. Sediakan wang pos atau bank draft di pej pos atau mana-mana bank sebanyak RM190. Saya buat di CIMB dan kena extra charge dalam RM5.00.

3. Pergi ke pejabat Fomema. Untuk KL,pej telah berpindah ke Menara Takaful,Jalan Sultan Sulaiman sejak Jan 2014. Parking kena bayar RM3.00.

4. Di pejabat Fomema boleh confirmkan panel klinik yang kita nak buat medical check bibik.Ada senarai panel klinik terkini ditampalkan.

5. Ambil no giliran, staf customer service akan check dokumen kita dan submit borang untuk diproses.Kemudian,kita akan diberi borang untuk dibawa semasa medical check up bibik di klinik. Medical check up mesti dibuat dalam tempoh 90 hari.

6. Keputusan samada lulus atau tak medical check tersebut akan diterima dalam masa 2 minggu melalui website fomema.

7. Bila dah dapat keputusan LULUS,pergi pula berurusan di Imigresen dengan membawa bank draft RM495 atas nama Pengarah Imigresen Malaysia.

# urusan di Fomema dan di Imigresen tak perlu bawa bibik. Hanya di klinik kena bawa bibik.(yelakan,bibik yang nak dibuat check up..hihi).Sebelum buat check up,saya akan suruh bibik jaga makan dan minum plain water banyak-banyak.

So,itu sahaja cara-cara nak renew permit pembantu rumah. Senangkan? Tq pada rakan pejabat puan azlinda sebab jadi tempat rujukan..:))

3 ulasan: